Sambutan Hari Belia Kebangsaan Ke-21, Tahun 2026

Sambutan Hari Belia Kebangsaan yang diraikan pada setiap 1 Ogos merupakan wadah penting bagi memberikan pengiktirafan dan penghargaan kepada para belia atas sumbangan, khidmat bakti serta impak positif mereka terhadap pembangunan masyarakat dan negara. Sambutan ini juga menjadi platform untuk membarigakan kejayaan danpencapaian belia di peringkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa, sekali gus mengangkat peranan belia sebagai rakan strategik dalam pembangunan Negara Brunei Darussalam.

Day(s)

:

Hour(s)

:

Minute(s)

:

Second(s)

Penerima Anugerah Hari Belia Kebangsaan

Anugerah Hari Belia Kebangsaan merupakan satu pengiktirafan dan penghargaan negara khusus kepada golongan belia sama ada bergerak secara persendirian mahupun secara berkumpulan melalui agensi seperti persatuan atau pergerakan belia di Negara Brunei Darussalam dalam bersama-sama menyahut titah serta hasrat KDYMM Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam usaha menjadikan golongan belia sebagai satu aset yang perlu diberi keutamaan dan berharga serta merupakan kekuatan masa depan bagi sesebuah negara.

Hubungi Kami

Urus Setia
Jabatan Belia dan Sukan
Simpang 336-17,
Jalan Kebangsaan,
Bandar Seri Begawan BA1211
Negara Brunei Darussalam

Pautan Lain

​© 2026 Hak Cipta Terpelihara. Jabatan Belia dan Sukan. Negara Brunei Darussalam