ANUGERAH BELIA BERKHIDMAT 2026
Seorang profesional di Brunei Shell Petroleum yang aktif dalam kerja-kerja kebajikan, kesukarelawanan dan pembangunan insan sejak tahun 2013.
Beliau berkhidmat sebagai Setiausaha Agung Persatuan Kemajuan Insan (KESAN) sejak tahun 2019 serta terlibat dalam pelbagai program pementoran, pembangunan kepimpinan, komunikasi dan kesejahteraan mental.
Komitmen beliau turut mendapat pengiktirafan melalui anugerah seperti Mentor of the Year, Difference Maker, Best Changemaker Speaker Award dan The World Leader Changemaker Award.



