ANUGERAH PROJEK CEMERLANG UNTUK BELIA 2026
Awang Joshua Anak Belayan
Beliau menerajui projek dokumentari yang mengetengahkan warisan kulinari masyarakat Kedayan melalui proses tradisional penghasilan gula anau daripada nira nipah. Dengan sokongan National Geographic Society, projek ini berjaya memperkenalkan warisan tempatan ke peringkat antarabangsa.
Dokumentari berkenaan memenangi anugerah Dokumentari Borneo Terbaik di ASEAN International Film Festival 2025 dan Dokumentari Terbaik di South East Academy International Film Festival, Manila pada tahun 2026.
Projek ini turut menyumbang kepada pemeliharaan budaya, pembangunan komuniti dan peluang penglibatan belia dalam industri kreatif.



