ANUGERAH BELIA CEMERLANG 2026
Seorang kaunselor, usahawan sosial dan penulis yang aktif dalam pembangunan belia, kesihatan mental dan industri kreatif.
Melalui Parabelle Studios, beliau menyediakan peluang bimbingan, latihan dan pengalaman industri kepada belia. Beliau turut memperjuangkan kesedaran kesihatan mental dan penggunaan terapi kreatif.
Sumbangan beliau telah mendapat pengiktirafan antarabangsa, termasuk Women of the Future Awards Southeast Asia, Kindness & Leadership: 50 Leading Lights Award dan Queen Elizabeth II Commonwealth Trust 100 Young Leaders Awards 2026.



