Posted on 8 October, 2026

DR. HAJAH UMMI FA’IZAH BINTI HAJI ABDUL RAHMAN

ANUGERAH PEMIMPIN MUDA BELIA 2026

Dr. Dayang Ummi Fa’izah Binti Haji Abdul seorang pensyarah, daie, dan pemimpin dalam bidang dakwah serta pembangunan belia.

Berkelulusan Doktor Falsafah dalam Dakwah dan Kepimpinan, beliau telah aktif dalam bidang kesukarelawanan selama hampir 15 tahun dan pernah menerima Anugerah Belia Berkhidmat pada tahun 2019.

Pada tahun 2012, beliau mengasaskan Kumpulan Syababul Iman dan kini meluaskan lagi khidmat sebagai Pembimbing Bersama Kumpulan Belia Masjid Senegara dan telah membimbing lebih 3,000 orang belia melalui pelbagai program keagamaan, pembinaan sahsiah dan kepimpinan. Beliau juga telah menjadi penasihat kepada lebih dari 200 buah program merangkumi bidang belia, dakwah dan kemasyarakatan. Fokus dan kepakaran beliau adalah mengukuhkan jati diri MIB dalam diri belia & Masyarakat.

Kini, beliau juga terlibat aktif di Exco Belia Persatuan Afiah & Penasihat Kumpulan alQudwah UNISSA.