Projek Jiwa Senja
Penerima Anugerah Projek Cemerlang Untuk Belia 2025
Projek ini merupakan untuk meringankan beban sistem kesihatan mental negara dengan menyediakan latihan “peer supporters” yang efektif dan mampu milik. Kajian menunjukkan sebanyak 85% individu tidak memerlukan pakar kesihatan mental tetapi cukup hanya dengan adanya peer support yang sekali gus membuktikan keberkesanan projek ini. Projek ini meraih pengiktirafan antarabangsa, termasuk gelaran ‘Penceramah Terbaik di Simposium United Kingdom pada tahun 2019 dan menjadi rujukan di peringkat ASEAN-Australia. Dengan disokong oleh agensi kerajaan dan swasta, projek ini berperanan penting dalam membina masyarakat yang sihat mental, berdaya tahan dan produktif.