Posted on 28 August, 2026

SHARIFAH ADILA SURYA MALAI HAJI ABDULLAH

Anugerah Pemimpin Muda Belia Tahun 2025

Penerima Anugerah Pemimpin Muda Belia Tahun 2025 merupakan seorang pemimpin yang berjiwa besar, advokat yang berpengaruh serta pencetus perubahan dalam memperjuangkan hak dan kesejahteraan golongan Orang Kelainan Upaya (OKU), khususnya komuniti autisme di
Negara Brunei Darussalam. Melalui kepimpinan beliau di SMARTER Brunei dan Majlis Kesejahteraan Orang Kelainan Upaya, beliau telah memperkukuh usaha membina masyarakat yang lebih inklusif, prihatin dan saksama.

Di bawah kepimpinan beliau, pelbagai inisiatif berimpak tinggi berjaya dilaksanakan termasuk program keusahawanan sosial, latihan pembangunan kapasiti, persidangan kebangsaan serta kerjasama strategik pada peringkat serantau dan antarabangsa. Berbekalkan pengalaman sebagai seorang pemimpin, ibu kepada anak-anak autistik serta pejuang komuniti, beliau membuktikan bahawa kepimpinan berasaskan empati, keberanian dan iltizam mampu membuka lebih banyak peluang kepada golongan berkeperluan khas untuk menyumbang kepada pembangunan negara.