Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksSyarat-Syarat Penyertaan

  1. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1.1.        Terbuka kepada rakyat dan penduduk tetap Negara Brunei Darussalam yang memegang Kad Pintar (Kad Pengenalan) bewarna Kuning dan Ungu serta peserta yang memegang Kad Pintar bewarna Hijau dengan jumlah tidak melebihi 25% daripada keramaian peserta yang sepatutnya didaftarkan bagi setiap jenis acara sukan yang akan dipertandingkan bagi kontinjen Daerah Brunei Muara, Daerah Belait, Daerah Tutong dan Daerah Temburong.

1.2.        Penyertaan bagi kontinjen berikut hendaklah terdiri daripada ahli-ahli Majlis Sukan masing-masing:-

      1. Majlis Sukan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei
      2. Majlis Sukan Polis Diraja Brunei
      3. Majlis Sukan Sekolah –Sekolah Brunei Darussalam,

1.3.        Atlet atau peserta bolehlah mewakili mana-mana Kontinjen Daerah, sama ada Kontinjen dari Daerah Brunei Muara atau Daerah Belait atau Daerah Tutong atau Daerah Temburong, setelah mendapat pengesahan bertulis daripada Ketua Kontinjen asal atlet / peserta tersebut dibuat bagi membenarkan atlet / peserta berkenaan mewakili ke Kontinjen Daerah lain jika tidak berpeluang mewakili Daerah asal sepertimana yang tertera dalam alamat Kad Pintar (Kad Pengenalan).

1.4.        Penyertaan ini juga terbuka kepada rakyat dan penduduk tetap serta warganegara asing yang memegang kad pengenalan berwarna kuning, ungu dan hijau tetapi hendaklah berkhidmat atau bekerja atau menuntut di dalam senarai kontinjen-kontinjen berikut  sahaja:-

      1. Gabungan Syarikat Telekomunikasi Brunei (AITI, TelBru, DST, PCSB).
      2. Gabungan Syarikat Minyak Brunei Shell.
      3. Syarikat Penerbangan Diraja Brunei.
      4. Persatuan Bank-Bank Brunei.
      5. Institusi Pengajian Tinggi.
      6. Majlis Sukan Sekolah-Sekolah  Brunei Darussalam.

1.5.        Syarat-syarat 2.1, 2.2 & 2.3 & 2.4 adalah dikecualikan kepada pasukan-pasukan (kontinjen-kontinjen) jemputan iaitu:-

      1. Majlis Sukan Negeri Sabah
      2. Majlis Sukan Negeri Sarawak
      3. Majlis Sukan Wilayah Persekutuan Labuan

1.6.        Jurulatih-Jurulatih Sukan / Penolong Jurulatih-Jurulatih Sukan  yang bertugas di Jabatan Belia dan Sukan adalah tidak dibenarkan bertanding untuk mewakili mana-mana kontinjen.

1.7.        Setiap penyertaan mestilah mengisikan borang penyertaan yang disediakan oleh pihak penganjur dengan lengkap dan hendaklah dikembalikan kepada urusetia pada waktu pejabat dibuka tidak lewat pada:

1.7.1.                  Entry Form By Number pada 14hb Julai, 2018 ( Hari Sabtu )

1.7.2.                  Entry Form By Name pada 11hb Ogos 2018 ( Hari Sabtu)

 

Urusetia

Sukan Kebangsaan Brunei Darussalam Kali Ke-IV, 2018,

Jabatan Belia dan Sukan, Tingkat 6,

Bangunan Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan,

Spg. 336-17 Jalan Kebangsaan, Bandar Seri Begawan BA1211,

Negara Brunei Darussalam.

Tel : 2381911 atau 2381903/4/5 ext 1616/1630/1633

Fax : 2380042/

Emel: sukanuntukmasyarakat@gmail.com

 

1.7.3.              Mesyuarat Ketua-Ketua Kontinjen akan diadakan pada hari Isnin,  tarikh 13hb Ogos, 2018 jam 2.30 petang dan bertempat di Bilik Persidangan Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.

 1.8.        Setiap peserta hanya dibenarkan untuk menyertai satu (1) sahaja jenis sukan yang dipertandingkan dan mewakili satu (1) kontinjen sahaja.

1.9.        Mana - mana perkara yang berbangkit dan tidak terkandung di dalam syarat-syarat ini akan dirujuk kepada Jawatankuasa Penganjur Sukan Kebangsaan Brunei Darussalam Kali Ke-IV, 2018 dan sebarang keputusan dan ketetapan mengenainya adalah muktamad.