Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksPeraturan Am

  1. PERATURAN DAN FORMAT PERTANDINGAN

1.1.        Format Sukan Kebangsaan Brunei Darussalam Kali Ke-IV, 2018 adalah secara
berkontinjen. Sebanyak 15 kontinjen akan menyertai Sukan Kebangsaan Brunei Darussalam Kali Ke-IV, 2018 termasuk tiga (3) kontinjen jemputan iaitu : 

      1. Kontinjen Daerah Brunei dan Muara,
      2. Kontinjen Daerah Belait,
      3. Kontinjen Daerah Tutong,
      4. Kontinjen Daerah Temburong,
      5. Kontinjen Majlis Sukan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei,
      6. Kontinjen Majlis Sukan Polis Diraja Brunei,
      7. Kontinjen Majlis Sukan Sekolah –Sekolah Brunei Darussalam,
      8. Kontinjen Institusi Pengajuan Tinggi (UBD, UTB, UNISSA, IGS, Politeknik, KUPUSB, Cosmopolitan,     Micronet, Laksamana College & IBTE),
      9. Kontinjen Gabungan Syarikat Telekomunikasi Brunei (AITI, TelBru, DST, PCSB),
      10. Kontinjen Gabungan Syarikat Minyak Brunei Shell,
      11. Kontinjen Syarikat Penerbangan Diraja Brunei,
      12. Kontinjen Persatuan Bank-Bank Brunei. 

1.2.        Kontinjen Jemputan adalah seperti berikut  : 

      1. Majlis Sukan Negeri Sabah
      2. Majlis Sukan Negeri Sarawak
      3. Majlis Sukan Wilayah Persekutuan Labuan 

1.3.        Setiap kontinjen hendaklah mengandungi: 

      1. Ketua Kontinjen
      2. Pegawai Urusetia
      3. Pegawai Perhubungan
      4. Pegawai Perubatan
      5. Pengurus-Pengurus Pasukan
      6. Jurulatih-Jurulatih Pasukan
      7. Atlet  

1.4.        Semua peraturan dan format pertandingan Sukan Kebangsaan Brunei Darussalam akan disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola dengan berpandukan undang-undang permainan dan format pertandingan yang lazimnya digunakan oleh Persatuan-Persatuan Sukan Kebangsaan di Negara ini dengan merujuk kepada peraturan dan undang-undang Badan Sukan Antarabangsa

1.5.        Acara-acara sukan hanya akan dipertandingkan berdasarkan kepada syarat-syarat:- 

1.5.1.           Bagi sukan berpasukan jumlah penyertaan ialah seramai 4 pasukan sahaja.

1.5.2.           Bagi acara perseorangan penyertaan hendaklah tidak kurang daripada 4 peserta.