Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksBahagian Belia

​​​​​​

​​​​​CARTA ORGANISASI BAHAGIAN BELIA
​​

​​​

​FUNGSI UNIT-UNIT BAHAGIAN BELIA ​​​​​
       Unit Pembangunan Diri Belia
  • Merancang dan mengendali program dan aktiviti belia khusus bagi merangsang perkembangan dan pertumbuhan sikap positif, berdikari, berdaya usaha dan berdaya saing.
  • Merancang dan mengendali latihan-latihan Kemahiran Insaniah (softskill) dan kemahiran-kemahiran yang releven dengan perkembangan belia.
  • Merancang dan mengendali program-program kesukarelaan dan latihan-latihan perkembangan sukarelawan.
  • Mendekati golongan belia di luar lingkungan melalui pelaksanaan program, projek atau aktiviti outreach.

       Unit Perkembangan Pergerakan-Pergerakan Belia
  • ​MemantauMemantau perkembangan pergerakan-pergerakan belia (badan-badan bukan kerajaan, persatuan-persatuan, kelab-kelab dan usahawan sosial).
  • Merancang dan menyelaras sesi-sesi muzakarah dan perjumpaan di antara pihak Jabatan Belia dan Sukan dengan Pergerakan-Pergerakan Belia di seluruh negara.
  • Merancang dan melaksanakan latihan-latihan pemerkasaan pergerakan-pergerakan belia.
  • Memproses permohonan bantuan kewangan, peminjaman kemudahan-kemudahan prasarana dan fasiliti jabatan bagi pelaksanaan program, projek atau aktiviti yang akan dikendalikan oleh mana-mana pergerakan belia.
  • Menyediakan dan mengemaskini pangkalan data (database) mengenai maklumat pergerakan-pergerakan belia diseluruh negara.
  • Menyediakan rekod bantuan dan laporan bantuan persatuan.
  • Memudahcara dan memberikan khidmat nasihat kepada pergerakan-pergerakan belia berkaitan dengan pelaksanaan projek, program dan aktiviti.
    Memudahcara penyediaan dan peminjaman prasarana-prasarana belia.
     
       Unit Program/Perhubungan Serantau dan Antarabangsa
  • Menjadi focal point kepada penyertaan program-program belia di peringkat serantau dan antarabangsa.
  • Menyediakan calon-calon belia dan latihan bagi calon-calon belia ke program-program antarabangsa
  • Memudahcara dan memberikan khidmat nasihat kepada alumni program-program antarabangsa di dalam pelaksanaan Post Programme Activity atau mana-mana aktiviti yang akan dilaksanakan oleh alumni program-program antarabangsa.
  • Mengemaskini penyertaan Negara Brunei Darussalam ke program-program antarabangsa di dalam bidang kebeliaan.

       Unit Pusat-Pusat Belia
  • Memantau dan menyelia perkembangan dan penggunaan Pusat-Pusat Belia di seluruh negara.
  • Merancang dan melaksana aktiviti-aktiviti di Pusat-Pusat Belia di seluruh negara.
  • Memudahcara penggunaan prasarana-prasarana di bawah Pusat-Pusat Belia di seluruh negara.​​


​​​​​ALAMAT ​​
​NO. PERHUBUNGAN

Bahagian Belia
Tingkat 3, Jabatan Belia dan Sukan,
Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan,
Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan,
Bandar Seri Begawan BA1211,
Negara Brunei Darussalam

           ✉   Emel :  youth.international@belia-sukan.gov.bn