Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksPROGRAM BELIA CINTA TANAH AIR KALI KE-12

Semangat cintakan negara amat dituntut oleh ugama Islam. Belia diseru untuk taat kepada Allah, setia kepada raja dan cinta kepada negara.  Belia juga diminta untuk menghargai dan mengamalkan sikap pemedulian dan memberikan khidmat bakti kepada orang lain dalam kehidupan bermasyarakat. Perkara ini jelas di gariskan dalam Dasar Belia Negara dan harus diambil perhatian oleh belia itu sendiri.

Program Belia Cinta Tanah Air telah pun 13 tahun berjalan dengan jayanya dengan tujuan utama untuk meningkatkan nilai-nilai hidup beragama, berbangsa dan bernegara dikalangan belia serta menyemarakkan lagi semangat kenegaraan (patriotik) para belia semasa Sambutan Hari Ulang Tahun Kebangsaan Negara Brunei Darussalam. Program ini juga telah melahirkan belia berpotensi melalui penghargaan peserta terbaik di akhir program yang mana belia-belia tersebut akan dilibatkan bagi mengikuti program Jabatan sama ada diperingkat kebangsaan mahupun antarabangsa, tertakhluk kepada kriteria program. Ke arah meneruskan lagi pembangunan belia yang mampan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan melalui Jabatan Belia dan Sukan akan meneruskan lagi pengendalian Program Belia Cinta Tanah Air kali ke-14 bagi tahun 2019.

Program ini juga diteruskan dengan harapan lebih ramai lagi belia yang berjiwa patriotik, cinta kepada negara, berwawasan, menghargai keperibadian bangsa. Selain daripada itu, diharap program ini dapat dijadikan satu satu mekanisme dalam membimbing para belia untuk  melaksanakan kegiatan-kegiatan yang bersifat kenegaraan dan kemasyarakatan dengan harapan dapat memberi impak patriotik yang sangat kuat dan sekaligus meningkatkan lagi semangat patriotik dikalangan belia serta membangun keluhuran jasmani dan rohani supaya menjadi lebih tabah serta berfikiran terbuka dalam menghadapi apa jua cabaran ke arah melahirkan generasi belia berwawasan.


Tujuan Program - Meningkatkan semangat kenegaraan dan kekitaan belia kepada masyarakat.


OBJEKTIF

a) Mengadakan aktiviti kenegaraan ke arah meningkatkan lagi semangat patriotik para belia.

b)Menyuntik semangat para belia untuk bergiat aktif dalam mengikuti apa jua aktiviti pembangunan belia seperti kepimpinan, kesukarelawanan, keugamaan dan sukan.

c) Menyemarakkan semangat setia kawan, gotong-royong dan saling bantu diantara satu sama lain.


TARIKH
Program Belia Cinta Tanah Air ini akan dijalankan dalam beberapa aktiviti seperti berikut:


Menyertai Upacara Menaikkan Bendera Besar Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-33, Tahun 2017 - Hari Rabu, 1 Februari 2017 (Sebelah Pagi) di Pejabat Daerah di keempat-empat daerah
Kerja Kemasyarakatan - Hari Rabu, 1 Februari 2017 (Sebelah Petang) di keempat daerah
Perkampungan BCTA - Hari Jumaat - Khamis, 17 hingga 23 Februari 2017 (7 hari 6 malam) di Pusat Belia, Bandar Seri Begawan

Menyertai Majlis Kesyukuran Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-33, Tahun 2017 - Hari Rabu, 22 Februari 2017 di Masjid Omar Ali Saifuddien

Menyertai Perbarisan Lalu Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-33, Tahun 2017 - Hari Khamis, 23 Februari 2017 (Sebelah Pagi) di Padang Sir Muda Omar Ali Saifuddien

Majlis Penghargaan BCTA - Hari Khamis, 23 Februari 2017 (Sebelah Petang) di Dewan Riadah, Pusat Belia BSB
 

SASARAN PESERTA
Penyertaan dibukakan kepada 40 orang  belia terdiri daripada belia lelaki dan perempuan yang berumur diantara 18 hingga 30 tahun (Keutamaan diberikan kepada belia yang belum pernah mengikuti PBCTA).

Seramai 40 orang Alumni PBCTA juga akan mengikuti beberapa aktiviti pada program itu nanti seperti Kerja Kemasyarakatan dan Menyertai Perbarisan Lalu Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-33, Tahun 2017.

KEBERKESANAN PROGRAM
Menanam semangat patriotisma dan kemasyarakatan para belia untuk lebih mencintai tanah air serta menghargai kepribadian bangsa.
Berkesan dalam mengintegrasi perpaduan para belia untuk lebih memahami kepentingan mereka kepada raja, masayarakat dan Negara.
Melahirkan belia yang mempunyai semangat kesukarelaan yang tinggi.
Memberi pengetahuan kepada para belia dalam pengendalian projek secara teori dan praktikal.
Membentuk perwatakan positif.
 

SIJIL PENYERTAAN DAN PENGHARGAAN
Penghargaan berupa plak akan diberikan kepada Peserta Lelaki Terbaik dan Peserta Perempuan Terbaik. Peserta Terbaik ini juga akan dilibatkan dan didedahkan dengan program-program Jabatan. Sijil Penghargaan juga akan diberikan pada Majlis Penghargaan.

 
Sila klik untuk mendapatkan Borang Penyertaan Program Belia Cinta Tanah Air Kaki Ke-12, Tahun 2017

Tarikh tutup menghantar borang ialah pada Hari Selasa, 17 Januari 2016 jam 4.00 petang di Jabatan Belia dan Sukan Cawangan Daerah yang berhampiran.