Home 5 Berita 5 UPACARA SELAMAT BELAYAR BAGI ROMBONGAN KEDUA KONTINJEN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE SUKAN PERSAHABATAN BIMP-EAGA KE-12, SABAH, MALAYSIA 2026

UPACARA SELAMAT BELAYAR BAGI ROMBONGAN KEDUA KONTINJEN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE SUKAN PERSAHABATAN BIMP-EAGA KE-12, SABAH, MALAYSIA 2026

Nov 21, 2026

Sukan Persahabatan BIMP-EAGA Ke-12 dijadual berlangsung secara rasminya bermula pada 23 hingga 27 November 2026 di Sabah, Malaysia.

Rombongan Kedua Kontinjen Negara Brunei Darussalam seramai 36 orang ahli terdiri daripada para atlet, Jurulatih dan Pengurus sukan Badminton, Olahraga, Karate dan Pencak Silat telah berlepas ke Sabah, Malaysia bagi menyertai kejohanan tersebut.

Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar dan memberikan ucapan serta kata-kata semangat ialah Yang Mulia Muhd Amirul Syazmie bin Ibrahim, Penolong Ketua Pegawai Belia dan Sukan.

Majlis didahului dengan bacaan Doa Selamat, diselajurkan dengan ucapan nasihat kepada Kontinjen Negara Brunei Darussalam dan diakhiri dengan sesi bergambar ramai.

Negara Brunei Darussalam dalam temasya sukan persahabatan ini akan menyertai dalam tujuh acara sukan yang dipertandingkan iaitu Badminton, Boling Padang, Karate, Olahraga, Pencak Silat, Renang dan Sepak Takraw.

Atlet-atlet negara akan mula bertanding pada 24 hingga 26 November 2026.

Rombongan terakhir akan bertolak ke Sabah, Malaysia pada hari Ahad, 22 November 2026.