Home 5 Berita 5 5TH ASEAN YOUTH DIALOGUE (AYD) 2026 AND ASEAN LEADERS’ INTERFACE WITH ASEAN YOUTH (11 – 16 NOVEMBER 2026, MANILA, REPUBLIK FILIPINA)

5TH ASEAN YOUTH DIALOGUE (AYD) 2026 AND ASEAN LEADERS’ INTERFACE WITH ASEAN YOUTH (11 – 16 NOVEMBER 2026, MANILA, REPUBLIK FILIPINA)

Nov 11, 2026

Seramai tiga (3) orang delegasi Negara Brunei Darussalam akan menyertai 5th ASEAN Youth Dialogue (AYD) 2026 and ASEAN Leaders’ Interface with ASEAN Youth yang akan berlangsung bermula 11 hingga 16 November 2026 di Manila, Republik Filipina.

Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar kepada rombongan berkenaan ialah Yang Mulia Awang Haswandi bin Haji Osman, Pemangku Timbalan Pengarah Belia dan Sukan.

Rombongan tersebut diketuai oleh Yang Mulia Awang Amirul Syazmie bin Haji Ibrahim, Penolong Ketua Pegawai Belia dan Sukan selaku pegawai Senior Officer Meeting on Youth (SOMY) dan turut disertai oleh dua (2) orang peserta belia iaitu Awang Muhammad Faiz Darwisy bin Mohammad Shazatol Rizam dan Dayang Noorfati’ah binti Nor Hasnul.

Program ini dianjurkan oleh National Youth Commission (NYC) Republik Filipina dan merupakan edisi kelima penganjuran dialog tersebut. Dialog bertemakan ASEAN Youth Navigating a Resilient, Digital, and Inclusive Future ini bertujuan menyediakan platform bagi belia ASEAN untuk membincangkan isu, cabaran dan keutamaan belia serantau.

Sepanjang program tersebut, delegasi akan menyertai sesi perbincangan panel mengenai ASEAN Youth Development Index dan ASEAN Work Plan on Youth, serta bengkel berdasarkan empat keutamaan strategik ASEAN 2026 iaitu pembinaan keamanan dan keselamatan, kemakmuran ekonomi, transformasi digital serta pemerkasaan komuniti dan keterangkuman.

Hasil perbincangan dan bengkel tersebut akan dijadikan ASEAN Youth Statement yang akan dibentangkan oleh wakil-wakil belia kepada para Pemimpin ASEAN semasa ASEAN Leaders’ Interface with Representatives of ASEAN Youth bersempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-49 pada 15 November 2026 di Manila.

Selain itu, delegasi juga dijadualkan menyertai program kebudayaan bagi mengenali warisan dan budaya Republik Filipina, di samping menjalinkan jaringan bersama belia dari negara-negara anggota ASEAN.