Home 5 Berita 5 UPACARA SELAMAT BELAYAR BAGI KONTINJEN NEGARA BRUNEI DARUSSALAMKE SUKAN PARA ASIA KE-5, AICHI-NAGOYA, JEPUN 2026

UPACARA SELAMAT BELAYAR BAGI KONTINJEN NEGARA BRUNEI DARUSSALAMKE SUKAN PARA ASIA KE-5, AICHI-NAGOYA, JEPUN 2026

Oct 13, 2026

BERAKAS, Selasa, 2 Jamadilawal 1448 / 13 Oktober 2026 – Sukan Para Asia Ke-5 dijadual berlangsung secara rasminya mulai 18 hingga 24 Oktober 2026 di Aichi-Nagoya, Jepun.

Seramai 5 orang ahli Kontinjen Negara Brunei Darussalam terdiri daripada seorang atlet sukan Para Badminton dan 4 orang pegawai iaitu Chef de Mission, Ketua Urus Setia, Ahli Fisioterapi, serta Jurulatih Sukan Para Badminton telah berlepas ke Jepun bagi menyertai kejohanan tersebut.

Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar, seterusnya memberikan ucapan nasihat dan kata-kata motivasi ialah Yang Mulia Awang Haswandi bin Haji Osman, Pemangku Timbalan Pengarah Belia dan Sukan.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat, diikuti dengan ucapan nasihat serta katakata motivasi kepada Kontinjen Negara Brunei Darussalam, dan diakhiri dengan sesi gambar ramai.

Atlet Para Badminton negara akan mula bertanding dalam acara Singles SH6 pada 16 Oktober 2026 bertempat di Ichinomiya City Municipal Gymnasium.

Kontinjen Negara Brunei Darussalam diketuai oleh Yang Mulia Awang Ali Yusri bin Abdul Ghafor selaku Chef de Mission ke Sukan Para Asia Ke-5, Aichi-Nagoya, Jepun 2026.