Home 5 Berita 5 Keberangkatan Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke Tempat Penginapan Rasmi bagi Atlet Wushu Dan Jurulatih Di Kejohanan Sukan Asia Ke-20, Aichi-Nagoya, Jepun 2026

Keberangkatan Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke Tempat Penginapan Rasmi bagi Atlet Wushu Dan Jurulatih Di Kejohanan Sukan Asia Ke-20, Aichi-Nagoya, Jepun 2026

Sep 17, 2026

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah Ibni AlMarhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Olympic Council of Asia Honorary Executive Board Member dan Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam berangkat tiba di Nagoya, Jepun bagi menghadiri temasya Sukan Asia ke-20, 2026 yang akan berlangsung dari 19 September hingga 4 Oktober 2026.

Menjunjung keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia setibanya di hotel penginapan telah disambut oleh Miss Tan ya Bamberg Operations Director Hilton Nagoya Hotel.

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah Ibni AlMarhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Olympic Council of Asia Honorary Executive Board Member dan Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke salah satu Penginapan Rasmi kejohanan 20th Asian Games 2026 iaitu kapal Cruise Ship Costa Sarena yang menempatkan atlet Wushu negara dan jurulatih. Duli Yang Teramat Mulia juga berkenan bagi memberikan katakata semangat kepada atlet-atlet Wushu yang akan mula bertanding pada 20 September 2026 ini.