Rombongan ketujuh dan terakhir mewakili Negara Brunei Darussalam yang terdiri daripada pasukan Karate iaitu empat orang atlet dan dua orang jurulatih telah bertolak ke Selangor, Malaysia untuk menyertai temasya Sukan Malaysia XXII (SUKMA).
Hadir sama ialah pegawai-pegawai Jabatan Belia dan Sukan, wakil daripada Persekutuan Karate Brunei Darussalam (BRUKAF) serta keluarga atlet.
Majlis terlebih dahulu dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat, diikuti dengan ucapan nasihat serta kata-kata motivasi daripada Pemangku Timbalan Pengarah Belia dan Sukan kepada pasukan Karate dan diakhiri dengan sesi bergambar ramai.
Atlet-atlet Karate negara akan mengambil bahagian dalam acara Kumite Individu Lelaki + 84kg, Kumite Individu Lelaki – 75kg, Kata Individu Lelaki dan Kata Individu Wanita dan akan bertanding mulai 21 Ogos 2026 bertempat di Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam.
