Kontinjen Negara Brunei Darussalam yang bertolak ke Selangor, Malaysia bagi menyertai Sukan Malaysia (SUKMA) XXII bagi rombongan kelima telah dianggotai seramai 13 orang ahli kontinjen terdiri daripada atlet-atlet dan jurulatih-jurulatih daripada pasukan Akuatik Renang, Golf dan Lawan Pedang.
Sehubungan dengan itu, berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi memberikan ucapan nasihat serta kata-kata motivasi ialah Yang Mulia Dayang Noorfaizah binti Haji Suboh, Pemangku Timbalan Pengarah Belia dan Sukan.
Turut hadir ialah pegawai dan kakitangan Jabatan Belia dan Sukan; wakil-wakil daripada Persatuan Renang Brunei Darussalam, Persatuan Golf Brunei Darussalam dan Persekutuan Lawan Pedang Brunei Darussalam; serta keluarga atlet.
Atlet-atlet renang negara akan mula bertanding pada 19 Ogos 2026 bertempat di Akuatik Selangor dalam acara 200m Backstroke, 100m Backstroke, 50m Backstroke dan 50m Freestyle. Manakala atlet Golf akan bertanding dalam acara Individual bermula pada 18 Ogos 2026 di Kelab Golf Glenmarie.
Sementara atlet-atlet Lawan Pedang negara akan bertanding dalam acara Men’s Sabre Individual, Men’s Sabre Team, Men’s Epee Individual, Women’s Epee Individual dan Women’s Sabre Individual pada 19 Ogos 2026 di Dewan Pusat Sukan UiTM, Shah Alam.
Rombongan seterusnya akan bertolak pada hari Selasa, 18 Ogos 2026.
