Home 5 Berita 5 Program Belia UNIFOUR “Jom Camping” 2026

Program Belia UNIFOUR “Jom Camping” 2026

Aug 13, 2026

Jabatan Belia dan Sukan melalui Cawangan Daerah Belait selaku tuan rumah telah melaksanakan Program Belia UNIFOUR “Jom Camping” 2026 di peringkat kebangsaan dengan kerjasama Persatuan Pengakap Daerah Belait. Program selama tiga hari dua malam tersebut berlangsung di Kawasan Perkhemahan, Bangunan Kelas ‘B’, Jalan Maulana, Kuala Belait, sempena Sambutan Hari Belia Kebangsaan Kali Ke-21, Tahun 2026.

Program ini menghimpunkan seramai 48 orang peserta berumur antara 15 hingga 27tahun dari pelbagai daerah dan latar belakang. Sebagai platform pembangunan beliamerentas daerah, program ini memberikan penekanan kepada pembinaan jati diri,daya tahan, kepimpinan serta kesedaran terhadap isu-isu sosial semasa.

Pengisian program dilaksanakan secara berperingkat, bermula dengan pendedahankepada asas perkhemahan, kemahiran hidup dan ikhtiar hidup, diikuti dengan sesi kesedaran sosial bersama Pasukan Polis Diraja Brunei dan Biro Kawalan Narkotik. Aspek kerohanian turut diperkukuh melalui kerjasama Pusat Da’wah Islamiah, di samping pelaksanaan aktiviti pembinaan pasukan, komunikasi dan kepimpinan.

Hadir selaku Tetamu Kehormat adalah Yang Mulia Hajah Noridah binti Abdul Hamid,Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan yang turutmenyampaikan Sijil Penyertaan dan Hadiah kepada para peserta.

Pelaksanaan program peringkat kebangsaan yang dihoskan oleh Cawangan Daerah Belait ini mencerminkan komitmen Jabatan dalam memperluas akses kepada program pembangunan belia yang berkualiti di seluruh negara. Pendekatan Whole of Nation melalui kerjasama antara agensi kerajaan, persatuan dan rakan strategik turut memperkukuh ekosistem pembangunan belia yang lebih bersepadu, responsif dan mampan.