Sukan Malaysia (SUKMA) XXII dijadual berlangsung secara rasminya bermula 15 hingga 24 Ogos 2026 di Selangor, Malaysia.
Rombongan Kedua Kontinjen Negara Brunei Darussalam seramai lima orang ahli terdiri daripada dua orang atlet sukan Catur serta dua orang Pegawai Urus Setia dan seorang Jurulatih telah berlepas ke Selangor, Malaysia bagi menyertai kejohanan tersebut.
Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar dan memberikan ucapan serta kata-kata semangat ialah Yang Mulia Dayang Noorfairuzah Hani binti Haji Mohamad @ Haji Zaini, Pemangku Ketua Pegawai Belia dan Sukan.
Majlis didahului dengan bacaan Doa Selamat, diselajurkan dengan ucapan nasihat kepada Kontinjen Negara Brunei Darussalam dan diakhiri dengan sesi bergambar ramai.
Negara Brunei Darussalam dalam temasya SUKMA ini akan menyertai dalam 11 acara sukan yang dipertandingkan iaitu Akuatik Renang, Badminton, Olahraga, Catur, Golf, Lawan Pedang, Karate, Pencak Silat, Sepak Takraw,Taekwondo dan Wushu.
Atlet-atlet Catur negara akan mula bertanding pada hari Khamis, 13 Ogos 2026 bertempat di Dewan Seri Bernam dalam acara Individual Rapid dan Individual Standard.
Hadir sama ialah pegawai-pegawai Jabatan Belia dan Sukan, wakil Persekutuan Catur Brunei dan keluarga atlet.
Rombongan ketiga akan bertolak ke Selangor, Malaysia pada hari Rabu, 12 Ogos 2026.
