Home 5 Berita 5 Keberangkatan Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke Tempat Olahraga

Keberangkatan Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke Tempat Olahraga

Jul 27, 2026

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah, Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Brunei Darussalam, telah berkenan berangkat ke venue olahraga bagi menyaksikan penyertaan atlet Negara Brunei Darussalam, Awang Md Nazrul Putera bin Faeiz Firdaous dalam acara 100meter pecut lelaki dan Dayang Nur Syafiqah binti Abdullah Md Mukhlis dalam acara 100meter pecut wanita sempena Sukan Komanwel Ke-23 di Glasgow, Scotland.

Kedua-dua atlet mempamerkan semangat juang, disiplin dan komitmen yang tinggi sepanjang perlumbaan. Alhamdulillah, Awang Md Nazrul Putera dan Dayang Nur Syafiqah masing-masing berjaya memperbaharui rekod peribadi (Personal Best), sekali gus membuktikan peningkatan prestasi hasil persediaan dan latihan yang konsisten.

Sejurus selesai pertandingan, Duli Yang Teramat Mulia berkenan menemui kedua-dua atlet bagi menyampaikan penghargaan dan kata-kata semangat. Seterusnya, turut mengucapkan tahniah atas kejayaan mereka mencatat rekod peribadi baharu serta menzahirkan harapan agar kedua-duanya akan terus mempertingkatkan prestasi dan menjadikan penyertaan ini sebagai pemangkin untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada kejohanan-kejohanan akan dating.