Home 5 Berita 5 Lawatan Menteri Kebudayaan, Belia Dan Sukan Ke Tempat Latihan Atlet Angkat Berat Dan Olahraga Serta Penginapan Atlet Renang

Lawatan Menteri Kebudayaan, Belia Dan Sukan Ke Tempat Latihan Atlet Angkat Berat Dan Olahraga Serta Penginapan Atlet Renang

Jul 24, 2026

Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan dengan disertai oleh Yang Mulia Setiausaha Tetap di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, telah mengadakan lawatan ke tempat latihan atlet angkat berat (Weightlifting) dan olahraga (Athletics), serta penginapan atlet renang (Swimming).

Semasa lawatan berkenaan, Yang Berhormat Menteri menzahirkan keyakinan terhadap komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh para atlet sepanjang tempoh persediaan. Yang Berhormat turut berharap agar para atlet akan terus mengekalkan disiplin, fokus dan semangat juang yang tinggi demi mengharumkan nama Negara Brunei Darussalam di Sukan Komanwel Glasgow 2026.