Seramai 6 orang ahli Kontinjen Negara Brunei Darussalam terdiri daripada 2 atlet sukan Olahraga dan 1 atlet Angkat Berat serta Pegawai Urus Setia (Prevention of Manipulation of Competition), Jurulatih Olahraga dan Jurulatih Angkat Berat telah bertolak ke Glasgow, Scotland bagi menyertai kejohanan Sukan Komanwel Ke-23, 2026.
Yang Mulia Dayang Hajah Umi Kalthum binti Haji Abdul Karim, Pengarah Belia dan Sukan telah berkesudian hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar dan memberikan ucapan serta kata-kata semangat.
Turut hadir ialah pegawai-pegawai Jabatan Belia dan Sukan, Persatuan-Persatuan Sukan Kebangsaan dan keluarga atlet.
Majlis didahului dengan bacaan Doa Selamat dipimpin oleh Yang Mulia Awang Haji Ahmad Yaardy bin Haji Abdul Karim, diikuti dengan ucapan nasihat kepada Kontinjen Negara Brunei Darussalam dan diakhiri dengan sesi bergambar ramai.
Atlet Angkat Berat negara akan mula bertanding pada hari Ahad, 26 Julai 2026 di Scottish Event Campus (SEC) Armadillo. Manakala atlet-atlet Olahraga negara akan mula bertanding pada hari Isnin, 27 Julai 2026 di Stadium EDF Scotstoun.
