Home 5 Berita 5 Berangkat Menghadiri Majlis Resepsi Komiti Olimpik dan Paralimpik Arab Saudi Sempena Hari Kebangsaan Ke-96 Arab Saudi

Berangkat Menghadiri Majlis Resepsi Komiti Olimpik dan Paralimpik Arab Saudi Sempena Hari Kebangsaan Ke-96 Arab Saudi

Sep 23, 2026

NAGOYA, JEPUN, 23 September 2026 — Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah, Ahli Kehormat Lembaga Eksekutif Olympic Council of Asia (OCA) dan Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (BDNOC), berkenan berangkat menghadiri majlis resepsi Komiti Olimpik dan Paralimpik Arab Saudi sempena Hari Kebangsaan Ke-96 Arab Saudi, yang diadakan semasa suasana dengan Sukan Asia ke-20 Aichi-Nagoya 2026.

Resepsi tersebut telah berlangsung pada 23 September 2026, dari jam 1.00 hingga 3.00 petang, bertempat di Grand Ballroom, Tingkat 10, Conrad Nagoya.

Pada Resepsi tersebut, Duli Yang Teramat Mulia telah disambut oleh His Highness Prince Fahad bin Jalawi Alsaud, Vice President of the Saudi Olympic and Paralympic Committee.

Majlis berkenaan merupakan satu majlis jemputan khas yang dihadiri oleh wakil-wakil National Olympic Committees (NOCs). Resepsi tersebut turut menjadi wadah bagi mengeratkan hubungan persahabatan dan memperkukuh jaringan kerjasama antara komuniti Olimpik antarabangsa, khususnya dalam suasana temasya Sukan Asia ke-20 Aichi-Nagoya 2026.

Kehadiran Duli Yang Teramat Mulia mencerminkan hubungan baik dan persahabatan yang terjalin antara Majlis Olimpik Kerajaan Brunei Darussalam dan Komiti Olimpik dan Paralimpik Arab Saudi, serta komitmen berterusan dalam memperkukuh hubungan melalui sukan dan gerakan Olimpik antarabangsa.