Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Olympic Council of Asia (OCA) Honorary Executive Board Member dan Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam telah berkenan berangkat ke salah satu penginapan rasmi 20th Asian 2026 iaitu Villa Garden Pier. Keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia dijunjung oleh Yang Mulia Dayang Nur ‘Iffah Sofea Natasha binti Abdullah selaku Chef De Mission.
Duli Yang Teramat Mulia juga berkenan memberikan kata- kata semangat kepada atlet karate negara agar lebih berkeyakinan, Focus terdahap perlawanan nanti serta menghargai peluang berharga untuk beraksi di kejohanan sukan yang berprestij ini.
