Majlis telah dialu-alukan oleh Mr Naoki Matsui, Ac ng General Director, Aichi-Nagoya Games Organizing Committee. Acara kemudiannya diteruskan dengan upacara menaikkan bendera negara-negara peserta. Bagi sesi ke-6, upacara dimulakan dengan menaikkan bendera negara-negara Bangladesh, Brunei Darussalam, Cambodia, Iraq, South Korea dan Myanmar.
Kontinjen Negara Brunei Darussalam telah diwakili oleh 10 orang yang terdiri daripada atlet-atlet Wushu serta pegawai dan jurulatih, dan diketuai oleh Yang Mulia Dayang Nur ‘Iffah Natasha Sofea Abdullah, Chef de Mission.
Majlis berlangsung dengan lancar dan menjadi salah satu acara rasmi dalam persiapan Kontinjen Negara Brunei Darussalam menjelang penyertaan di 20th Asian Games Aichi-Nagoya 2026.
