Home 5 Berita 5 Upacara Menyambut Kepulangan Kontinjen Negara Brunei Darussalam Dari Sukan Malaysia Xxii, Selangor 2026

Upacara Menyambut Kepulangan Kontinjen Negara Brunei Darussalam Dari Sukan Malaysia Xxii, Selangor 2026

Aug 24, 2026

Kontinjen Negara Brunei Darussalam yang terdiri daripada pasukan-pasukan Akuatik Renang, Karate, Lawan Pedang, Sepak Takraw, Wushu dan Pegawai Urus Setia telah pulang ke Negara Brunei Darussalam selepas berada di Selangor, Malaysia bagi mengikuti temasya Sukan Malaysia XXII (SUKMA).

Berada di Ruang Ketibaan, Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi menyambut ketibaan kontinjen negara dan seterusnya mengalungkan sesandang serta memberikan ucapan tahniah ialah Yang Mulia Dayang Hajah Umi Kalthum binti Haji Abdul Karim, Pengarah Belia dan Sukan serta pegawai dan kakitangan Jabatan Belia dan Sukan.

Atlet-atlet Akuatik Renang negara, Awang Joel Ling Thai Yu telah berjaya memenangi dua pingat perak dan satu pingat gangsa bagi acara 50m Gaya Kuak Lentang Lelaki, 100m Gaya Kuak Lentang Lelaki dan 200m Gaya Kuak Lentang Lelaki. Manakala Dayang Sharmeen binti Mohammad Mharvin berjaya meraih satu pingat gangsa melalui acara 50m Gaya Kuak Lentang Wanita.

Sementara pasukan Wushu negara berjaya menyumbang dua pingat perak melalui Awang Walid Lachkar dalam acara Daoshu dan Gunshu Lelaki Individu dan Awang Abel Lim Wee Yuen bagi acara Nanquan Lelaki Individu.

Kutipan pingat keseluruhan bagi Negara Brunei Darussalam dalam Sukan Malaysia XXII, Selangor 2026 ialah empat pingat perak dan enam pingat gangsa.