Home 5 Berita 5 Upacara Selamat Belayar Rombongan Terakhir Kontinjen Negara Brunei Darussalam Ke Sukan Malaysia Xxii, Selangor 2026

Upacara Selamat Belayar Rombongan Terakhir Kontinjen Negara Brunei Darussalam Ke Sukan Malaysia Xxii, Selangor 2026

Aug 19, 2026

Rombongan ketujuh dan terakhir mewakili Negara Brunei Darussalam yang terdiri daripada pasukan Karate iaitu empat orang atlet dan dua orang jurulatih telah bertolak ke Selangor, Malaysia untuk menyertai temasya Sukan Malaysia XXII (SUKMA).

Hadir untuk mengucapkan selamat belayar di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei ialah Yang Mulia Dayang Noorfaizah binti Haji Suboh, Pemangku Timbalan Pengarah Belia dan Sukan.

Hadir sama ialah pegawai-pegawai Jabatan Belia dan Sukan, wakil daripada Persekutuan Karate Brunei Darussalam (BRUKAF) serta keluarga atlet.

Majlis terlebih dahulu dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat, diikuti dengan ucapan nasihat serta kata-kata motivasi daripada Pemangku Timbalan Pengarah Belia dan Sukan kepada pasukan Karate dan diakhiri dengan sesi bergambar ramai.

Atlet-atlet Karate negara akan mengambil bahagian dalam acara Kumite Individu Lelaki + 84kg, Kumite Individu Lelaki – 75kg, Kata Individu Lelaki dan Kata Individu Wanita dan akan bertanding mulai 21 Ogos 2026 bertempat di Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam.