Home 5 Berita 5 Upacara Selamat Belayar Rombongan Keenam Kontinjen Negara Brunei Darussalam Ke Sukan Malaysia XXII Selangor 2026

Upacara Selamat Belayar Rombongan Keenam Kontinjen Negara Brunei Darussalam Ke Sukan Malaysia XXII Selangor 2026

Aug 18, 2026

Seramai lapan orang ahli Kontinjen Negara Brunei Darussalam terdiri daripada pasukan Wushu iaitu enam orang atlet dan dua orang jurulatih telah berlepas ke Selangor, Malaysia bagi menyertai kejohanan Sukan Malaysia XXII (SUKMA).

Hadir menyempurnakan majlis tersebut di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei ialah Yang Mulia Dayang Noorfaizah binti Haji Suboh, Pemangku Timbalan Pengarah Belia dan Sukan.

Turut hadir ialah pegawai-pegawai Jabatan Belia dan Sukan, wakil daripada Persekutuan Wushu Negara Brunei Darussalam serta keluarga atlet.

Majlis terlebih dahulu dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat, diikuti dengan ucapan nasihat serta kata-kata motivasi oleh Pemangku Timbalan Pengarah Belia dan Sukan dan diakhiri dengan sesi bergambar ramai.

Atlet-atlet Wushu negara akan mula bertanding pada 20 Ogos 2026 bertempat di Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam dan akan mengambil bahagian dalam Kategori Taolu Lelaki bagi acara TaijiQuan-TaijiJian; ChangQuan; DaoShu-GunShu; NanQuan; NanDao-Nangun; serta Kategori Taolu Wanita bagi acara TaijiQuan-TaijiJian; NanQuan; dan NanDao-Nangun.

Rombongan ketujuh dan terakhir akan bertolak ke Selangor, Malaysia pada hari Rabu, 19 Ogos 2026.