Kontinjen Negara Brunei Darussalam yang terdiri daripada Pasukan Taekwondo seramai empat orang atlet dan seorang Jurulatih telah pulang ke Negara Brunei Darussalam selepas berada di Selangor, Malaysia bagi mengikuti temasya Sukan Malaysia XXII (SUKMA).
Berada di Ruang Ketibaan, Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi menyambut ketibaan kontinjen negara dan seterusnya mengalungkan sesandang serta memberikan ucapan tahniah ialah Yang Mulia Dayang Hajah Umi Kalthum binti Haji Abdul Karim, Pengarah Belia dan Sukan serta pegawai dan kakitangan Jabatan Belia dan Sukan.
Pasukan Taekwondo berjaya memenangi satu pingat gangsa melalui Yang Mulia Muhammad Alwi Naqiuddin bin Md Nordi dalam acara Kategori Lelaki Kyorugi +87kg.
