Home 5 Berita 5 Keberangkatan Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke Tempat Sukan Renang

Keberangkatan Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke Tempat Sukan Renang

Jul 26, 2026

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah, Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam, telah berangkat ke Venue Sukan Renang bagi menyaksikan atlet Negara Brunei Darussalam, Dayang Sharmeen binti Mohammad Marvin, beraksi dalam acara Women’s 100m Backstroke sempena Sukan Komanwel Ke-23.

Keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia mencerminkan sokongan dan keprihatinan berterusan terhadap pembangunan sukan negara serta memberi suntikan semangat kepada para atlet Brunei Darussalam yang sedang berjuang mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa.