Home 5 Berita 5 Keberangkatan Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke Tempat Sukan Renang

Keberangkatan Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke Tempat Sukan Renang

Jul 24, 2026

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah, Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Brunei Darussalam, telah berangkat ke Venue Sukan Renang bagi menyaksikan penyertaan atlet Negara Brunei Darussalam, Hayley Wong, dalam acara Women’s 50m Butterfly sempena Sukan Komanwel Ke-23.

Keberangkatan tersebut mencerminkan sokongan dan keprihatinan berterusan Duli Yang Teramat Mulia terhadap para atlet Negara yang membawa cabaran di peringkat antarabangsa, di samping menyuntik semangat kepada kontinjen Brunei Darussalam.