PENCALONAN ANUGERAH HARI BELIA KEBANGSAAN 2025 DIBUKA KEMBALI
Sebanyak empat (4) kategori anugerah dipertandingan sempena Sambutan Hari Belia Kebangsaan Ke-20, 2025 seperti berikut iaitu:
- Kategori Belia Cemerlang (15 - 35 Tahun)
- Kategori Belia Berkhidmat (15 - 35 Tahun)
- Kategori Pemimpin Muda Belia (15 - 45 Tahun)
- Kategori Projek Cemerlang Untuk Belia (15 - 35 Tahun)
Sehubungan itu, sukacita Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan mempelawa Agensi Kerajaan / Swasta, Institut Pengajian Tinggi, Persatuan dan Pergerakan Belia dan Sukan serta Orang Ramai bagi menghadapkan sebarang pencalonan bersesuaian untuk empat (4) kategori anugerah yang dinyatakan.
Bagi Anugerah tahun 2025 ini, borang pendaftaran calon hendaklah dihadapkan tidak lewat pada 29 Mei 2025 (Khamis) sebelum pukul 3:00 petang.
Bagi mengetahui maklumat lanjut mengenai syarat-syarat, kriteria dan pendaftaran Anugerah Hari Belia Kebangsaan 2025, bolehlah melayari pautan atau kod QR di dalam poster tersebut.