Skip Ribbon Commands
Skip to main content

ANUGERAH HARI BELIA KEBANGSAAN

hbk2024 poster anugerah v3 (1).png​​

ANUGERAH HARI BELIA KEBANGSAAN

Sempena Sambutan Hari Belia Kebangsaan Ke-19, 2024

Dengan hormat, sukacita dimaklumkan bahawa Sambutan Hari Belia Kebangsaaan peringkat negara akan disambut pada 1 Ogos setiap tahun melalui Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Acara kemuncak sambutan itu nanti ialah Anugerah Hari Belia Kebangsaan sebagai pengiktirafan dan penghargaan negara kepada golongan belia yang bergerak secara individu mahupun melalui organisasi dan pergerakan belia yang diiktiraf di Negara Brunei Darussalam.

Untuk makluman, sebanyak empat (4) kategori anugerah diadakan adalah seperti berikut iaitu

1) Kategori Belia Cemerlang

2) Kategori Belia Berkhidmat

3) Kategori Pemimpin Muda Belia

4) Kategori Projek Cemerlang Untuk Belia

Sehubungan itu, sukacita pihak Jabatan Belia dan Sukan mempelawa bagi menghadapkan sebarang pencalonan bersesuaian untuk empat (4) kategori anugerah yang dinyatakan di atas. Bagi Anugerah tahun 2024 ini, borang permohonan calon hendaklah dihadapkan tidak lewat pada 6 Jun 2024 (khamis) sebelum pukul 3:00 petang.

Bagi mengetahui maklumat lanjut mengenai syarat-syarat dan pendaftaran Anugerah Hari Belia Kebangsaan 2024, bolehlah melayari pautan https://tinyurl.com/Infopek-AHBK-2024

Sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi urus setia di talian 8772057 (Shahrinah binti Haji Abdul Rahman) atau 8201006 (Mohamad Ali Noh bin Haji Masri).​

There are no items to show in this view.

Penutupan stadium tertutup mac 2024.png