Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

KEJOHANAN FUTSAL RANCAK

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Ogos – Jaringan seawal minit ke-2 Pasukan Gabungan Syarikat Brunei Shell (BSJV) menentang Pasukan Persatuan Bank-bank Brunei Darussalam merancakkan suasana perlawanan yang berlangsung di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah di Berakas, hari ini.

Awang Muhammad Alfi Shukri menghasilkan jaringan buat Pasukan BSJV sebelum jaringan ditambah tidak lama kemudian oleh Awang Mohamad Khairul Khaliq, sementara Pengiran Muhd Radzuan mencipta kutipan awal buat Pasukan BSJV.

Namun begitu kedudukan itu tidak kekal lama apabila Pasukan Persatuan Bank-bank Brunei sekali lagi bangkit dan kali ini melalui Pengiran Anaqi Sufi yang menyamakan kedudukan 2-2 selang seminit kemudian.

Aksi berbalas-balas serangan diteruskan dan akhirnya Pasukan Persatuan Bank-bank Brunei berjaya menyumbat dua jaringan melalui Abdul Muinuddin dan Mohammad Abdul Hafiy pada minit kelapan dan seminit kemudian.

Meskipun kedudukan pada separuh masa pertama berpihak kepada Pasukan Persatuan Bank-bank Brunei, Pasukan BSJV tidak mengalah dan terus membuat asakan pada separuh masa kedua.

Akhirnya pada minit ke-24 Pasukan BSJV menemui gawang gol Pasukan Persatuan Bank-Bank Brunei menjadikan kedudukan 3-4 melalui Nasiruddeen.

Namun begitu Pasukan Persatuan Bank-bank Brunei turut memberikan saingan dan akhirnya sekali lagi Pengiran Anaqi Sufi menyumbangkan jaringan kedua peribadinya tiga minit kemudian.

Pasukan BSJV juga menunjukkan semangat juang yang tinggi dan terus membuat serangan demi serangan bagi mengejar Pasukan Persatuan Bank-Bank Brunei dan akhirnya berjaya merapatkan jurang melalui Nasiruddeen pada minit ke-35.

Akhirnya Mohammad Khairul Khaliq muncul wira Pasukan BSJV apabila jaringannya berjaya mengikat pasukan Persatuan Bank-bank Brunei dengan jaringan 5-5.

Cabaran seterusnya akan diteruskan dengan perlawanan di antara Pasukan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Brunei menentang Pasukan Daerah Belait pada jam 3 petang.

Pada sebelah malam pula akan menyaksikan pertemuan antara Pasukan Daerah Brunei dan Muara menentang Pasukan Majlis Sukan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Kedua-dua perlawanan tersebut akan diadakan di lokasi yang sama.

Sumber: Media Permata



Attachments
Created at 8/27/2018 2:04 PM by Izyan Khairunnisa Binti Hj Abu Bakar
Last modified at 8/28/2018 3:58 PM by Izyan Khairunnisa Binti Hj Abu Bakar