Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

SAINGAN BOLA TAMPAR SKBD SENGIT

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Ogos – Temasya Sukan Kebangsaan Brunei Darussalam (SKBD) kali ke-4 tahun 2018 bermula dengan menampilkan beberapa acara sukan berpasukan termasuk bagi sukan bola tampar yang berlangsung di Dewan Serba Guna, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah di Berakas.

Bagi bahagian lelaki, Pasukan Daerah Brunei dan Muara menarik nafas lega apabila pasukan itu berjaya mengalahkan lawannya Pasukan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dengan mata 3–1. 

Pada set pertama Pasukan Daerah Brunei dan Muara muncul sebagai pemenang dengan mata 25–15 sebelum menguasai set kedua dengan mata 25–22 sebelum Pasukan IPT cuba bangkit pada set ketiga, yang akhirnya berjaya memenangi set itu bagi mengejar Pasukan Daerah Brunei dan Muara dengan mata 20–25.

Namun begitu Pasukan Daerah Brunei dan Muara tidak memberikan laluan mudah dan akhirnya berjaya memastikan kemenangan di pihak mereka apabila membenam Pasukan IPT dengan mata 25 – 19.

Dalam kategori wanita pula menyaksikan Pasukan IPT sekali lagi tumpas di tangan Pasukan Daerah Temburong dengan keputusan straight set.

Pada set pertama Pasukan Temburong menang 10–25 sebelum memenangi set kedua dengan mata 12 – 25 dan mengakhiri perlawanan dengan kemenangan di set ketiga dengan mata 20–25.

Pada perlawanan kategori wanita kedua malam ini Pasukan Daerah Brunei dan Muara mengikut jejak pasukan lelakinya apabila memenangi perlawanan menentang Pasukan Majlis Sukan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (MS ABDB), di mana pada set pertama Pasukan Daerah Brunei dan Muara menangi 25–18 sebelum menang sekali lagi pada set kedua dengan mata 25–23.

Pasukan wanita MS ABDB bangkit pada set ketiga setelah mencatatkan kemenangan dengan mata 23 – 25 namun akur dengan kekalahan di set terakhir dengan mata 25–27 dan 15 – 6. Perlawanan seterusnya akan disambung esok di lokasi yang sama, antara Pasukan Daerah Brunei dan Muara pada jam 7:45 malam bagi kategori lelaki, manakala bagi kategori wanita, akan menyaksikan pertemuan antara Pasukan IPT dan Pasukan MS ABDB.

Perlawanan itu disusuli dengan saingan dalam kategori wanita antara Pasukan Daerah Tutong dan Pasukan Daerah Temburong pada jam 9 malam.

Sumber: Media Permata

Attachments
Created at 8/27/2018 1:57 PM by Izyan Khairunnisa Binti Hj Abu Bakar
Last modified at 8/28/2018 4:00 PM by Izyan Khairunnisa Binti Hj Abu Bakar