Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

PERLAWANAN BOLA SEPAK MULAKAN SAINGAN

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Ogos – Sebanyak tiga perlawanan memulakan saingannya hari ini pada hari pembukaan kejohanan bola sepak Sukan Kebangsaan Brunei Darussalam (SKBD) kali ke-4, hari ini.

Perlawanan pertama yang berlangsung antara Pasukan Daerah Belait, telah berjaya membenam Pasukan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Brunei Darussalam dengan jaringan 3-0, yang diadakan di Kompleks Padang dan Balapan, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah di Berakas.

Sementara itu perlawanan kedua yang diadakan di Kompleks Sukan Berakas menyaksikan Pasukan Daerah Brunei dan Muara terikat 1-1 dengan Pasukan Daerah Temburong dan akur dengan satu mata daripada perlawanan berkenaan.

Manakala, dalam perlawanan ketiga, menyaksikan Pasukan Institusi Pengajian Tinggi diberikan tentangan hebat oleh Pasukan Syarikat Penerbangan Diraja Brunei dan akhirnya berpihak kepada Pasukan Institusi Pengajian Tinggi dengan jaringan 2-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Kompleks Sukan Sungai Kebun. Perlawanan bola sepak akan diteruskan esok dengan menyaksikan Pasukan Gabungan Syarikat Brunei Shell menentang Pasukan Daerah Tutong di Kompleks Sukan Berakas pada jam 8 malam.

Sumber: Media Permata


Attachments
Created at 8/26/2018 2:22 PM by Muhd. Hafizul 'Ilmi Bin Hj Zaini @ Zatul Hilmi
Last modified at 8/28/2018 3:43 PM by Izyan Khairunnisa Binti Hj Abu Bakar