Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

SUKAN BADMINTON SKBD BUKA TIRAI

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Ogos  – Acara sukan badminton bagi Sukan Kebangsaan Brunei Darussalam (SKBD) kali ke-4 bagi tahun ini telah memulakan aksinya hari ini di Dewan Gerak Badan Bolkiah Kem, dengan menyaksikan pertembungan hebat daripada wakil pasukan masing-masing.

Perlawanan pusingan awal bagi acara badminton berpasukan menyaksikan 11 pasukan saling berentap antara satu sama yang lain yang terdiri daripada Pasukan Daerah Brunei dan Muara, Pasukan Gabungan Syarikat Komunikasi Brunei, Pasukan Daerah Tutong, Pasukan

Persatuan Bank-bank Brunei, Pasukan Gabungan Syarikat Brunei Shell, Pasukan Daerah Temburong, Pasukan Daerah Belait, Pasukan Intitusi Pengajian Tinggi, Pasukan Majlis Sukan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Pasukan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Brunei Darussalam dan Pasukan Penerbangan Diraja Brunei yang mana kesemua pasukan ini telah dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu Kumpulan A hingga D.

Dalam perlawanan Kumpulan A, menyaksikan pertembungan antara Pasukan Daerah Brunei dan Muara menentang Pasukan Gabungan Syarikat Komunikasi Brunei. Dalam perlawanan tersebut Pasukan Daerah Brunei dan Muara menunjukkan taringnya apabila berjaya menewaskan pasukan lawannya dengan mudah, 5-0.

Berbeza pula pada perlawanan dalam Kumpulan B yang menyaksikan pertarungan sengit antara Pasukan Daerah Tutong menentang Pasukan Persatuan Bank-bank Brunei yang mana pasukan Daerah Tutong berjaya mengalahkan pasukan lawannya dengan keputusan tipis 3-2.

Sementara itu dalam Kumpulan C pula menyaksikan Pasukan Daerah Temburong terpaksa tunduk kepada Pasukan Gabungan Syarikat Brunei Shell setelah ditewaskan dengan keputusan 1-4. Nasib yang sama diterima oleh Pasukan Daerah Belait dalam Kumpulan D apabila tewas di tangan Pasukan Majlis Sukan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, dengan kutipan mata 1-4.

Perlawanan pusingan awal akan diteruskan lagi pada esok hari bagi menyaksikan pasukan-pasukan lainnya beraksi secara berpasukan.

Sumber: Media Permata

Attachments
Created at 8/26/2018 2:18 PM by Muhd. Hafizul 'Ilmi Bin Hj Zaini @ Zatul Hilmi
Last modified at 8/28/2018 4:04 PM by Izyan Khairunnisa Binti Hj Abu Bakar