Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

PERLAWANAN SHORINJI DIRASMIKAN

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 2 September. - Seramai 26 atlet ikut bertanding pada Perlawanan Shorinji Kempo Sempena Sukan Kebangsaan Brunei Darussalam (SKBD) 2018.


Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya merasmikan pembukaan perlawanan yang berlangsung di Dewan Kompleks Sukan Menglait, di sini ialah Kolonel (B) Pengiran Dato Paduka Haji Rosli bin Pengiran Haji Chuchu yang merupakan salah seorang Pengasas Persaudaraan Shorinji Kempo Brunei Darussalam (PERKEB).


Para atlet terdiri dari kontinjen-kontinjen Daerah Brunei Muara, Daerah Tutong, Daerah Temburong dan Universiti Brunei Darussalam.


Mengetuai bacaan janji dan ikrar kenshi pada majlis tersebut ialah salah seorang atlet dari Daerah Tutong, Awang Md. Afiq Jazimin bin Jaslen.


Ini diikuti dengan persembahan tunjuk cara Embu Berpasangan Campuran oleh Awangku Ahmad Taufiq bin Pengiran Salehuddin dan Dayangku Siti Amalina Fitri binti Pengiran Dato Paduka Haji Rosli.


Antara kategori-kategori yang dipertandingkan dalam perlawanan itu ialah Randori / Tanding Perseorangan Lelaki, Randori / Tanding Perseorangan Wanita, Embu Berpasangan, Embu Berpasangan Campuran, Embu Ken Lelaki dan Embu Ken Wanita.


Perlawanan peringkat akhir akan berlangsung hingga 3 September di tempat yang sama.


Sumber: Pelita Brunei

Attachments
Created at 9/3/2018 11:02 AM by Izyan Khairunnisa Binti Hj Abu Bakar
Last modified at 9/3/2018 11:03 AM by Izyan Khairunnisa Binti Hj Abu Bakar