Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

PERINGKAT AKHIR BADMINTON SKBD HUJUNG MINGGU INI

BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Ogos – Gandingan pasangan beregu lelaki kontinjen Daerah Brunei dan Muara menerusi Awangku Azri Safwan bin Pengiran Haji Jofri dan Woo Chang Wei berjaya mara ke peringkat akhir setelah berhempas pulas mengalahkan pasukan dari Majlis Sukan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (MS ABDB), hari ini.

Wakil kontinjen Daerah Brunei dan Muara berhasil menguasai saingan dengan keputusan 21-16, 23-25 dan 21-16 sekali gus menempah tiket ke peringkat akhir nanti.

Sementara itu pada perlawanan berasingan, pasangan beregu lelaki dari Pasukan Institut Pengajian Tinggi (IPT) turut layak ke peringkat akhir setelah menewaskan Pasukan dari Majlis Sukan Sekolah-sekolah Brunei Darussalam (MSSBD) dalam tiga set perlawanan dengan keputusan 21-11,18-21 dan 21-18.

Dalam acara perseorangan lelaki pula menyaksikan wakil Pasukan Daerah Brunei dan Muara, Jaspar Yu Woon Chai dan Pasukan MSSBD, Azhar Abqari bin Haji Abas mara ke peringkat akhir menewaskan lawan masing-masing dengan straight set.

Manakala dalam acara perseorangan perempuan pula menyaksikan Sld Nuraqilah binti Haji Shahroney dari Pasukan MS ABDB dan Samantha Lee Han Rou dari Pasukan MSSBD mara ke peringkat akhir dalam perlawanan peringkat separuh akhir yang berlangsung di Dewan Serba Guna, Bolkiah Garison, petang tadi.

Dalam acara beregu wanita pula, menyaksikan pertemuan sengit antara Pasukan Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RB) dan MS ABDB, berpihak kepada Pasukan RB setelah berjaya menewaskan pihak lawan dengan keputusan 21-23, 21-16 dan 21-18.

Manakala pada perlawanan berasingan turut menyaksikan Pasukan Daerah Temburong terpaksa akur menerima kekalahan setelah tewas 10-21, 20-22 kepada beregu Pasukan Daerah Tutong, Nor Azrina binti Abdullah dan Zamiah binti Safar.

Perlawanan seterusnya bagi peringkat akhir akan berlangsung Ahad ini di Dewan Serba Guna, Bolkiah Garison, Berakas dan orang ramai adalah dialu-alukan untuk hadir bagi memeriahkan dan menyaksikan perlawanan itu nanti.



Attachments
Created at 9/3/2018 10:45 AM by Izyan Khairunnisa Binti Hj Abu Bakar
Last modified at 9/3/2018 10:45 AM by Izyan Khairunnisa Binti Hj Abu Bakar