Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

ATLET WUSYU PAMER AKSI CEMERLANG

BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Ogos – Sukan Kebangsaan Brunei Darussalam kali ke-4 bagi acara wusyu hari ini meneruskan lagi saingannya pada peringkat akhir yang berlangsung di Kompleks Sukan Menglait.

Dalam perseorangan lelaki GunShu, kontinjen Daerah Brunei dan Muara mendominasi kedudukan di tempat pertama hingga ketiga menerusi Mohd Safiee Shayferan bin Roslan dengan pungutan mata 8.71, sementara di tempat kedua jatuh kepada Danial Hasbullah Lim Yen Yee bin Mohd Saiful yang memperoleh pungutan mata 8.53, disusuli oleh Lim Wee Yuan, dengan pungutan mata 8.5.

Dalam Kategori ChangQuan perseorangan perempuan pula menyaksikan Sherissa Lim Wan Chi memperoleh pingat emas bagi kontinjen Daerah Brunei dan Muara, diikuti dengan kontinjen Daerah Tutong iaitu Ling Dexuan dan Ling Dexun yang berada masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Sumber: Media Permata

Attachments
Created at 9/3/2018 10:41 AM by Izyan Khairunnisa Binti Hj Abu Bakar
Last modified at 9/3/2018 10:41 AM by Izyan Khairunnisa Binti Hj Abu Bakar