Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

MSSBD MENYERLAH

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Ogos – Pasukan Gabungan Syarikat-syarikat Brunei Shell terpaksa akur dengan kekalahan 1–2 di tangan Pasukan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Brunei Darussalam (MSSBD) pada perlawanannya petang hari ini.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah hari ini menyaksikan Pasukan MSSBD membuka jaringannya melalui Mohd Wafiq Syahmi Suhaimi.

Selang sembilan minit kemudian, Muhammad Aziquddin Baharin menambah jaringan bagi Pasukan MSSBD sebelum Pasukan Gabungan Syarikat-syarikat Brunei Shell menemui gawang pada minit ke-32 melalui Haji Mohd Hazmie Haji Busrah.

Dalam sukan bola sepak pula, semalam berlangsung dua perlawanan bola sepak bagi Sukan Kebangsaan Brunei Darussalam ke-4 meneruskan lagi cabaran yang kian sengit ini.

Pasukan Daerah Temburong menggegarkan Kompleks Sukan Sungai Kebun apabila berpesta gol selepas menghasilkan 11 gol tanpa balas ke atas Pasukan MSSBD.

Pada perlawanan kedua di Stadium Mini Bolkiah Garison, Pasukan Majlis Sukan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei menghampakan Pasukan Institusi Pengajian Tinggi dengan jaringan 2–0.

Sumber: Media Permata

Attachments
Created at 9/1/2018 9:59 AM by Izyan Khairunnisa Binti Hj Abu Bakar
Last modified at 9/1/2018 9:59 AM by Izyan Khairunnisa Binti Hj Abu Bakar