Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

ENAM PASUKAN MARA KE SEPARUH AKHIR SUKAN KIU SKBD

BERAKAS, Jumaat, 31 Ogos. - Seramai empat pemain dari Daerah Brunei Muara (DBM), empat pemain dari Daerah Temburong, dua pemain dari MS ABDB, tiga pemain dari Daerah Tutong, seorang dari Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan dua pemain Gabungan Syarikat Telekomunikasi Brunei (GSTB) melangkah ke separuh akhir bagi Perseorangan Lelaki 6 Red Snooker Top 16 Sukan kiu, Sukan Kebangsaan Brunei Darussalam (SKBD).

 

Pagi tadi menyaksikan perlawanan saringan Perseorangan Lelaki 6 Red Snooker yang mana antara pasukan berentap ialah MS ABDB, Daerah Brunei Muara (DBM) dan Daerah Temburong.

 

Sementara pada sebelah petang pula, perlawanan Perseorangan Lelaki 10 Ball Pool dan Perseorangan Lelaki 6 Red Snooker turut dipertandingkan.

 

Sukan Kiu telah  membuka tirai perlawanannya pada 30 Ogos lalu.

 

SKBD Ke-4, 2018 yang diadakan selama lapan hari  itu akan bermula pada 1 September ini bertujuan untuk mewujudkan hubungan kerjasama yang akrab dalam membina pembangunan insan kearah pembangunan sejagat, di samping membina rangkaian keharmonian melalui satu gagasan sukan bagi menjana evolusi baharu dalam usaha membentuk sebuah negara yang harmoni dan bersatu.

 

SKBD merupakan anjuran Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan untuk membina serta memajukan tahap dan prestasi ahli-ahli sukan di Negara Brunei Darussalam, di samping penglibatan daripada masyarakat Brunei.

 

Sebanyak 31 acara sukan akan dipertandingkan antaranya ialah sukan badminton, basikal, bola jaring, bola keranjang, bola lesut (softball), bola sepak, bola tampar, boling padang, catur, dart, futsal, gasing, golf, hoki dan kiu.

 

Sebanyak 15 kontinjen menyertai SKBD antaranya ialah Daerah Brunei Muara, Daerah Temburong, Majlis Sukan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan Majlis Sukan Negeri Sarawak.

 

Dengan  adanya kejohanan SKBD ini akan dapat dijadikan sebagai medan pertemuan pengiat-pengiat sukan di negara ini, seterusnya memberikan saingan di antara atlet-atlet yang berpengalaman menyertai beberapa kejohanan serantau dan antarabangsa dengan atlet-atlet muda di negara ini dengan mengekalkan objektif dan tujuan sebenar ia diadakan.

Sumber: Media Permata

Attachments
Created at 9/1/2018 9:23 AM by Izyan Khairunnisa Binti Hj Abu Bakar
Last modified at 9/1/2018 9:25 AM by Izyan Khairunnisa Binti Hj Abu Bakar