Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

MS ABDB TERUSKAN KEMARAAN

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Ogos – Pasukan Bola Tampar lelaki Majlis Sukan Angkatan bersenjata Diraja Brunei (MS ABDB) meneruskan prestasi baiknya dalam acara sukan bola tampar Sukan Kebangsaan Brunei Darussalam ke-4 hari ini.

Pasukan MS ABDB menumpaskan Pasukan Daerah Temburong straight set dengan mata 25–14, 25–12 dan 25–20 di Dewan Serba Guna Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.

Pada perlawanan kedua pula menyaksikan pasukan wanita Daerah Brunei dan Muara pula diberikan tentangan hebat oleh Pasukan Daerah Temburong sebelum menang dengan mata 1–3.

Pada set pertama Pasukan Daerah Brunei dan Muara menang 16–25 sebelum tumpas pada set kedua dengan mata 25–23, namun pasukan itu bangkit semula pada set ketiga dan akhirnya memenangi perlawanan melalui set terakhir dengan mata 15–25 dan 11–25.

Perlawanan terakhir hari ini pula di antara pasukan lelaki Daerah Belait yang menumpaskan Pasukan Gabungan Syarikat Brunei Shell dengan straight set 18– 25, 18–25 dan 22–25.

Semalam turut berlangsung tiga perlawanan dalam bahagian lelaki Pasukan Institusi Pengajian Tinggi terpaksa akur dengan kekalahan di tangan Pasukan Daerah Tutong dengan mata 0 – 3 (20 – 25, 18 – 25 dan 16 – 25).

Dalam bahagian wanita pula Pasukan MS ABDB menang straight set ke atas Pasukan Daerah Temburong apabila menang 11–25, 10–25 dan 14–25.

Pada perlawanan kedua wanita semalam Pasukan Daerah Brunei dan Muara muncul pemenang ke atas Pasukan Daerah Tutong dengan straight set dan mata dalam perlawanan itu adalah 25–15, 25–19 dan 25–18.

Sumber: Media Permata

Attachments
Created at 8/30/2018 8:59 AM by Izyan Khairunnisa Binti Hj Abu Bakar
Last modified at 8/30/2018 8:59 AM by Izyan Khairunnisa Binti Hj Abu Bakar