Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

PASUKAN DAERAH BELAIT MENYERLAH

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Ogos – Kemenangan 82–73 bagi Pasukan Daerah Belait semalam membuka tirai perlawanan sukan bola keranjang Sukan Kebangsaan Brunei Darussalam ke-4 di Dewan Bola Keranjang Persatuan Bola Keranjang Brunei Darussalam, Batu Bersurat.

Pasukan Daerah Belait menumpaskan Pasukan Daerah Tutong bermula pada suku pertama perlawanan apabila menang 26–20 sebelum diberikan tentangan hebat pada suku kedua apabila Pasukan Daerah Tutong meraih mata 16–16.

Pasukan Daerah Belait terus memberikan tekanan kepada Pasukan Daerah Tutong pada suku ketiga apabila sekali lagi berada di hadapan dengan mata 20–17 dan akhirnya perlawanan suku ketiga kedua-dua Pasukan terikat 20–20 untuk menjadikan mata akhir 82–73 berpihak kepada Daerah Belait.

Perlawanan kedua semalam pula menyaksikan Pasukan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Brunei Darussalam terpaksa akur dengan kekalahan di tangan Persatuan Bank-Bank Brunei Darussalam.

Pada suku pertama Pasukan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Brunei Darussalam ketinggalan dengan mata 10–20 sebelum terus ditinggalkan pada suku kedua dengan mata 14–23.

Meskipun cuba bangkit pada suku ketiga namun Pasukan Persatuan Bank-bank Brunei Darussalam bukan pasukan yang mudah dihadapi dan akhirnya pada separuh masa kedua berpihak kepada pasukan itu dengan mata 18–23 dan 18–22.

Perlawanan akhirnya berpihak kepada Pasukan Persatuan Bank-bank Brunei Darussalam dengan mata akhir 60–88.

Hari ini dua lagi perlawanan meneruskan agenda kejohanan namun turut menyaksikan Pasukan Syarikat Penerbangan Diraja Brunei terpaksa menarik diri dan memberikan kemenangan percuma kepada Pasukan Daerah Brunei dan Muara dengan mata 20–0.

Perlawanan kedua hari ini pula menyaksikan Pasukan Gabungan Syarikat Brunei Shell muncul pemenang dengan mata 57–81 ke atas Pasukan Institusi Pengajian Tinggi.

Pasukan Gabungan Syarikat Brunei Shell membuka tirai perlawanannya dengan kemenangan 10–12 pada suku pertama sebelum meninggalkan pasukan lawannya 7–24 pada suku kedua.

Perlawanan berakhir pada suku ketiga apabila Pasukan Gabungan Syarikat Brunei Shell menang 22–20 menjadikan kedudukan keseluruhan 57–81 berpihak kepada Pasukan Gabungan Syarikat Brunei Shell.

Sumber: Media Permata

Attachments
Created at 8/30/2018 8:52 AM by Izyan Khairunnisa Binti Hj Abu Bakar
Last modified at 8/30/2018 8:52 AM by Izyan Khairunnisa Binti Hj Abu Bakar