Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

DAERAH BRUNEI DAN MUARA JAGUH BADMINTON

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Ogos  – Kontinjen Daerah Brunei dan Muara hari ini telah membuktikan kehebatan mereka setelah berjaya mengalahkan perwakilan daripada kontinjen Majlis Sukan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (MS ABDB) peringkat akhir berpasukan bagi Sukan Kebangsaan Brunei Darussalam ke-4 yang berlangsung di Dewan Serba Guna, Bolkiah Garison.

Meskipun tewas pada dua perlawanan awal menerusi perseorangan lelaki dan perseorangan perempuan, kontinjen Daerah Brunei dan Muara kemudiannya bangkit dengan penuh bertenaga pada perlawanan ketiga menerusi beregu lelaki dan seterusnya memenangi dua lagi perlawanan menerusi beregu perempuan dan bergu campuran.

Kebangkitan kontinjen Daerah Brunei dan Muara daripada tewas 0-2 kepada kontinjen MS ABDB sehingga berjaya menewaskan MS ABDB dengan keputusan 3-2 pada perlawanan peringkat akhir berpasukan berkenaan membuktikan bahawa kontinjen Daerah Brunei dan Muara begitu bersungguh-sungguh dan tidak mudah menyerah kalah bagi memastikan pingat emas dalam genggaman dan menjadi milik mereka. Manakala Daerah Tutong dan Institusi Pengajian Tinggi masing-masing berkongsi di tempat ketiga.

Sumber: Media Permata


Attachments
Created at 8/29/2018 8:40 AM by Izyan Khairunnisa Binti Hj Abu Bakar
Last modified at 8/29/2018 8:40 AM by Izyan Khairunnisa Binti Hj Abu Bakar