Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

PASUKAN YAKIN BERI SAINGAN YANG TERBAIK

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Ogos – Pasukan bola keranjang veteran 65 tahun ke atas Negara Brunei Darussalam akan menguji kebolehan mereka menentang pasukan-pasukan veteran yang bakal beraksi di Kejohanan Bola Keranjang Veteran ASEAN ke-27 pada 9 hingga 15 September nanti di Hat Yai, Thailand.

Pasukan veteran negara yang dianggotai oleh para pemain yang berpengalaman dan baharu, diketuai oleh kapten pasukan, Steven Kon di mana beliau yakin pasukannya akan memberikan saingan yang terbaik pada kejohanan itu serta mampu mara ke pusingan seterusnya.

Beliau menambah bahawa pasukannya sedang berusaha untuk memperbaiki lagi keserasian corak bermain berpasukan mereka dan menyatakan penghargaan atas sokongan berterusan yang diberikan oleh semua pihak terutama NBT (Brunei) Sdn Bhd yang terus memberikan sokongan serta tajaan kepada pasukan berkenaan.

Di samping itu, beliau juga berharap pasukan yang dibarisi dengan pemain-pemain berpengalaman dan pemain-pemain baharu mampu memperbaiki pencapaian mereka malah meraih pingat dalam kejohanan itu nanti.

Bagi membakar semangat, pasukan itu telah menerima tajaan jersi yang disumbangkan oleh NBT (Brunei) Sdn Bhd yang diterima oleh Steven Kon.

Sementara itu, bagi persediaan untuk menyertai kejohanan itu, pasukan veteran 65 tahun ke atas negara telah mengadakan perlawanan bola keranjang persahabatan dengan pasukan gabungan media yang berlangsung di Gelanggang Bola Keranjang Persatuan Bola Keranjang Brunei Darussalam, Batu Bersurat, Gadong, kelmarin.

Perlawanan persahabatan itu selain menjadi persediaan akhir bagi pasukan itu, ia juga dihasratkan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara para pemain.

Sumber: Media Permata


Attachments
Created at 8/28/2018 2:24 PM by Izyan Khairunnisa Binti Hj Abu Bakar
Last modified at 8/28/2018 3:47 PM by Izyan Khairunnisa Binti Hj Abu Bakar