Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

SAINGAN BOLA TAMPAR HEBAT

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Ogos – Tiga perlawanan bola tampar Sukan Kebangsaan Brunei Darussalam kali ke-4 tahun ini meneruskan saingannya yang berlangsung di Dewan Serba Guna Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah di Berakas hari ini,

Dalam perlawanan Kategori Lelaki, Pasukan Majlis Sukan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (MS ABDB) menang straight set ke atas Pasukan Gabungan Syarikat Brunei Shell (BSJV) dengan mata 25-22, 25-14 dan 25-11.

Manakala, kemenangan berpihak kepada Pasukan Daerah Belait setelah berhasil menewaskan Pasukan Daerah Temburong dalam pertemuan mereka hari ini.

Pada set pertama perlawanan Pasukan Daerah Belait menang dengan mata 15-25 sebelum meneruskan penguasaannya pada set kedua dan ketiga dengan mata 10-25 dan 19-25 menjadikan kedudukan 0-3 berpihak kepada Pasukan Daerah Belait.

Satu perlawanan pada bahagian wanita iaitu perlawanan di antara Pasukan Daerah Tutong dengan Pasukan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) menyebelahi Pasukan Daerah Tutong.

Pasukan Daerah Tutong memenangi set pertama dengan mata 25-19 sebelum tumpas pada set kedua dengan mata 23-25 dan akhir berjaya menumpaskan pasukan pada dua set terakhir dengan mata 25-19 dan 25-15

Semalam turut berlangsung tiga perlawanan antara pasukan lelaki Daerah Tutong yang menumpaskan Pasukan Daerah Brunei dan Muara dengan mata 0–3 dengan pecahan mata 15-25, 20-25 dan 15-25.

Dua perlawanan Kategori Wanita semalam turut menyaksikan kemenangan Pasukan MS ABDB 0-3 ke atas Pasukan IPT manakala Pasukan Daerah Tutong menang ke atas Pasukan Daerah Temburong dengan mata 3-1.

Sumber: Media Permata


Attachments
Created at 8/28/2018 2:18 PM by Izyan Khairunnisa Binti Hj Abu Bakar
Last modified at 8/28/2018 3:49 PM by Izyan Khairunnisa Binti Hj Abu Bakar