Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

FUTSAL SKBD TERUS HANGAT

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Ogos – Dua perlawanan berlangsung pada hujung minggu ini di dalam acara sukan futsal bagi Sukan Kebangsaan Brunei Darussalam (SKBD) ke-4 tahun 2018 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah.

Hari ini Pasukan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tampil gah dengan tiga mata penuh apabila menumpaskan Pasukan Daerah Tutong dengan jaringan 1–3. Jaringan awal perlawanan berpihak kepada Pasukan IPT apabila Muhammad Ali Qadhry pada minit kelima menjaringkan gol sendiri sekali gus memberikan jaringan awal buat Pasukan IPT.

Selang empat minit kemudian Pasukan IPT menggandakan jaringan melalui Ahmad Afif dan jaringan ketiga pasukan itu muncul pada minit ke-12 menerusi Awangku Azizul Hakem.

Pasukan Daerah Tutong cuba bangkit dan akhirnya berjaya meraih gol sagu hati menerusi jaringan Mohamad Aqmal pada minit ke-23 dan menjadikan kedudukan 1–3 berpihak kepada Pasukan IPT.

Dua lagi perlawanan yang berlangsung hari ini adalah di antara Pasukan Persatuan Bank-bank Brunei yang terpaksa berkongsi satu mata selepas terikat satu sama dengan Pasukan Daerah Temburong.

Pasukan Daerah Belait pula berjaya membawa pulang tiga mata penuh setelah perlawanan menentang Pasukan Gabungan Syarikat Brunei Shell berpihak kepada mereka dengan jaringan 4–2.

Semalam pula menyaksikan dua perlawanan yang hebat antara apabila Pasukan Daerah Belait menumpaskan Pasukan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Brunei dengan kemenangan tipis 0 –1.

Perlawanan kedua pula menyaksikan Pasukan Majlis Sukan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei tidak diberikan laluan mudah oleh Pasukan Daerah Brunei dan Muara meskipun menang dengan jaringan 1–2.

Sumber: Media Permata




Attachments
Created at 8/28/2018 2:14 PM by Izyan Khairunnisa Binti Hj Abu Bakar
Last modified at 8/28/2018 3:53 PM by Izyan Khairunnisa Binti Hj Abu Bakar