TEMA SAMBUTAN HARI BELIA 2011 :
BELIA BERKREATIF DAN BERINOVASI (Creative and Inovative Youth)
 Laman Utama  |   Mengenai SHBK   |  Berita SHBK   |   Penerima Anugerah Belia Kebangsaan  |  Ekspo Belia Inovasi dan Kreatif 2011  
 Laman Utama > Simposium Belia Kebangsaan
   
   
   
   

SIMPOSIUM BELIA KEBANGSAAN 'BELIA BERJIWA BESAR'

PENGENALAN

Perkembangan globalisasi yang begitu pesat turut membawa pelbagai cabaran dan pengaruh yang positif dan negatif. Diantara cabaran atau pengaruh tersebut adalah seperti; pengaruh bahan-bahan media massa, rangkaian-rangkaian sosial, internet, dan sebagainya.  Cabaran atau pengaruh ini jika tidak ditangani dengan betul akan memberi kesan terhadap perkembangan belia dan negara.

Antara kelompok yang begitu terdedah terhadap cabaran atau pengaruh ini adalah kelompok belia. Di negara ini, kelompok belia merupakan kelompok yang terbesar di dalam populasi negara. Kelompok ini juga merupakan kelompok terpenting di dalam mamandu dan menghala tuju pembangunan negara. Hal ini turut ditekankan di dalam titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sewaktu Sambutan Hari Belia Kebangsaan kali ke-5 yang mahu melihat belia-belia di negara ini berjiwa besar dan bercita-cita tinggi. Belia Berjiwa Besar di sini bukan sahaja melihat kepada belia yang bercita-cita besar tetapi juga perlunya ada beberapa elemen penting diantaranya adalah; mempunyai ilmu pengetahuan, beragama, mempunyai sikap-sikap terpuji; dan sebagainya.

Idea atau gagasan Belia Berjiwa Besar tidak seharusnya dilihat sebagai tema atau slogan semata-mata tetapi harus dilihat sebagai suatu misi atau matlamat. Idea Belia Berjiwa Besar ini bukanlah suatu hal yang baru tetapi ia sudah lama wujud. Hal ini sudah dibuktikan di dalam Ketamadunan Islam yang mampu melahirkan ilmuwan-ilmuwan Islam yang muda seperti Abu Abdullah Muhammad ibn Idris atau lebih dikenali sebagai Imam Syafiee, akademik-akademik yang bukan sahaja hebat di dalam ilmu dunia malah turut berjaya di dalam ilmu keagamaan. Di dalam konteks ketamadunan Kesultanan Brunei, turut dapat dilihat melalui beberapa peristiwa bersejarah antaranya adalah penglahiran Syair Rakis oleh Pengiran Indera Mahkota. Hal ini turut dapat dilihat dengan jelas melalui peristiwa pencerobohan Spanyol sewaktu zaman pemerintahan Sultan Saiful Rijal, pemuda-pemuda Brunei yang diketuai Pengiran Bendahara Sakam telah bangkit untuk melindungi negara.

Melihat kepada senario pada zaman ini, usaha untuk melahirkan belia-belia yang berjiwa besar ini merupakan suatu cabaran utama,  baik di peringkat kementerian, jabatan mahupun diperingkat persatuan. Ke arah merealisasikan matlamat melahirkan Belia Berjiwa Besar ini, Jabatan Belia dan Sukan, melalui Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah mengambil inisiatif untuk mengadakan Simposium Belia Kebangsaan yang bertemakan ‘Belia Berjiwa Besar’. Simposium ini merupakan salah satu acara yang terkandung di dalam Sambutan Hari Belia Kebangsaan kali ke-6 2011.

TUJUAN

  • Untuk membincang dan mengupas persoalan-persoalan mengenai ‘Belia Berjiwa Besar’ melalui penglibatan belia, tenaga pakar, dan akademik-akademik bagi mencapai matlamat mewujudkan Belia Berjiwa Besar.
  • Untuk menyediakan platform bagi para belia, ahli akademik dan pihak jabatan berjumpa dan berbincang bagi meningkatkan kerjasama dan kesafahaman di dalam bidang pembangunan belia.
  • Untuk menjadi langkah awal kearah penjenamaan kembali Pusat Belia sebagai pusat kegiatan belia bukan sahaja yang berbentuk fizikal tetapi juga mentaliti.

PENYERTAAN

Seramai 200 orang belia yang berumur diantara 18 hingga 30 tahun akan menyertai symposium ini yang terdiri daripada pelbagai latar belakang seperti:-

    • Belia – Belia dari Persatuan Belia dan Sukan [Kebangsaan]
    • Belia – Belia Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama
    • Mahasiswa/i Universiti
    • Siswa/Siswi Kolej
    • Pegawai – Pegawai di Jabatan – Jabatan Kerajaan
    • Belia – Belia dari Badan – Badan Sukarelawan Bukan Kerajaan


    ISI KANDUNGAN SEMINAR

    Kertas Kerja Perdana bertajuk ‘Peranan Belia Berjiwa Besar di Dalam Pembangunan Negara Bangsa’.

    Isi Kandungan Kertas Kerja Perdana merangkumi perkara-perkara berikut:-

    • Definisi Belia secara umum dan dalam konteks NBD.
    • Definisi Belia Berjiwa Besar.
    • Kepentingan Belia Berjiwa Besar di dalam Pembangunan Negara

    ISI KANDUNGAN MESYUARAH BELIA

    Bagi mencapai tujuan symposium ini iaitu bagi mengupas dan memahami dengan lebih lanjut mengenai ‘Belia Berjiwa Besar’, peserta akan dipecahkan kepada 5 buah kumpulan perbincangan.

    Mesyuarah Belia ini bertujuan sebagai meja perbincangan mengenai beberapa aspek yang berkaitan dengan ‘Belia Berjiwa Besar’. Hasil daripada Mesyuarah Belia itu nanti akan disampaikan kepada Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

    Lima tajuk perbincangan yang akan diperbincangkan sewaktu Mesyuarah Belia itu nanti adalah:-

    1. ‘Belia Berjiwa Besar’ di dalam perspektif Islam.
    2. Peranan perkembangan teknologi di dalam melahirkan belia berjiwa besar yang kreatif dan innovatif.
    3. Peranan dan sumbangan ‘Belia Berjiwa Besar’ terhadap pembangunan sosioekonomi negara.
    4. Peranan ‘Belia Berjiwa Besar’ dalam mempertahan seni warisan budaya.


    HASIL SIMPOSIUM


    Simposium ini akan menggunakan pendekatan interaksi dua hala di antara Belia dan Pemimpin Belia. Pendekatan ini digunakan bagi mendapatkan hasil yang berbeza di antara keduanya. Selain daripada itu, melalui interaksi secara langsung bersama para belia ini, akan memberi gambaran secara luas mengenai trend atau corak pembangunan belia di negara ini.

    Melalui kefahaman Belia terhadap idea atau gagasan ‘Belia Berjiwa Besar’ ini akan dapat membantu kementerian dan jabatan di dalam merealisasikan matlamat bagi mewujudkan kumpulan belia yang berjiwa besar dan yang berkualiti bagi membantu perkembangan negara. Selain daripada itu, belia-belia itu nanti dilihat sebagai rakan kongsi untuk menyebar luaskan lagi idea atau gagasan ‘Belia Berjiwa Besar’ ini dikalangan rakan-rakannya.



Last updated on January 18, 2012  (C) 2010 Government of Brunei Darussalam
Best viewed using IE 6.0+ or Netscape 7.0+ with 1024 x 800 screen resolution

  Jabatan Belia dan Sukan
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan
Negara Brunei Darussalam

Government of Brunei Klik di sini untuk laman web rasmi