TEMA SAMBUTAN HARI BELIA 2011 :
BELIA BERKREATIF DAN BERINOVASI (Creative and Inovative Youth)
 Laman Utama  |   Mengenai SHBK   |  Berita SHBK   |   Penerima Anugerah Belia Kebangsaan  |  Ekspo Belia Inovasi dan Kreatif 2011  
 Laman Utama > Pertandingan Golf SHBK 2011
   
   
   
   

PERTANDINGAN GOLF SEMPENA HARI BELIA KEBANGSAAN

MENGENAI PERTANDINGAN

Pertandingan Golf ini diadakan bersempena Sambutan Hari Belia Kebangsaan anjuran Cawangan Belia dan Sukan Daerah Brunei Dan Muara Jabatan Belia Dan Sukan dengan kerjasama Pantai Mentiri Golf Club yang akan diadakan pada 9 Oktober 2011 bertempat di Pantai Mentiri Golf Club.

PENYERTAAN

  1. Terbuka perseorangan;
  2. Remaja; DAN
  3. VVIP, Sponser, Jemputan.
  • Setiap penyertaan hendaklah mengisikan borang penyertaan yang disediakan. Tarikh mengembalikan borang pada Hari Rabu, 5 Oktober 2011 berserta dengan wang pendaftaran di Bahagian Kewangan, Pantai Menteri Golf Club.

 

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN-PERATURAN PERTANDINGAN

  1. Pertandingan ini diadakan mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh The Royal and Ancient Golf Club St. Andrews, Scotland and Local Rule.

  2. Pemain diingatkan akan peraturan mengenai memperlahankan permainan dengan disengajakan. Bagi menampilkan fair play, Ahli Jawatankuasa Bahagian Teknikal (Pendaftaran, Peraturan dan Permarkahan) tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan berpatutan mengikut peraturan yang ada.

  3. Pertandingan dimulakan secara serentak atau Shot Gun (tertakluk perubahan AJK).      

  4. Pemain-pemain adalah dikehendaki untuk menentukan kiraan dengan betul dan lengkap apabila tamat 18 lubang dan menandatangani kad masing-masing sebelum menyerahkannya.

  5. Sebarang tambahan dan perubahan terhadap Local Rule akan dimaklumkan semasa taklimat sebelum perlawanan dimulakan.

  6. Juri-juri akan dilantik bagi pertandingan ini, yang mana akan bertanggungjawab dalam memutuskan keputusan jika ada sebarang pemain yang melanggar peraturan-peraturan perlawanan. Sebarang keputusan adalah muktamad.

  7. Jika ada bersamaan markah maka pemenang akan ditentukan dengan menggunakan perkiraan ”On Count Back”.

  8. Pertandingan ini dibahagikan kepada 3 Kategori iaitu:-

    i/.    Kategori Perseorangan Terbuka
    ii/.   Kategori Junior (18 tahun kebawah)      
    iii/.  Kategori Jemputan / VVIP / Guest / Sponsor

  9. Semua pemain juga berhak untuk memenangi salah satu kategori perseorangan sahaja sama ada perseorangan terbuka, atau perseorangan kategori jemputan khas dan penaja).


HADIAH-HADIAH

  1.  1 Individual Overall Gross Winner.-$350.00 Dan Piala Iringan

  2.  1 Individual Overall Nett Winner (18 handicap kebawah)-$300.00 Dan Piala  Iringan

  3. Kategori Junior ( 18 Tahun Kebawah )
    -
    Winner Nett -$250.00
    -Runner Up-$200.00
    -1st Runner Up-$150.00


  4.  Acara Perseorangan (Nett)

    4 .1 D
    ivision ’A’ ( 0 – 9 handicap ) – system 36 ”Stroke Play Nett
    -
    Winner Nett -$250.00
    - Runner Up Nett-$200.00
    - Ist Runner Up Nett -$150.00

4.2 Division ’B’ ( 10 –  18 handicap ) – system 36 ”Stroke Play Nett” 
- Winner Nett-$250.00
- Runner Up Nett-$200.00
- Ist Runner Up Nett-$150.00

4.3 Division ’C’ ( 19 – 24 handicap ) – system 36 ”Stroke Play Nett”
-
Winner Nett-$250.00
- Runner Up Nett-$200.00
- Ist Runner Up Nett-$150.00

5 . Kategori VVIP Jemputan / Penaja           
- Winner Nett -$250.00
- Runner Up Nett-$200.00
- Ist Runner Up Nett-$150.00

6. Novelty Prizes
-
Nearest to the Pin (All Par 3)
- Nearest to the line
- Longest Drive
- Hole in One (Share if more than one winner)

PENERANGAN AM

  1. Jamuan makan tengahari akan disediakan pada hari tersebut bagi semua pemain.

  2. Sebarang pertanyaan atau kemusykilan bolehlah berhubung terus kepada AJK Bahagian Teknikal (Pendaftaran, Peraturan dan Permarkahan).

  3. Pemain-pemain akan dikumpulkan untuk bergambar ramai dan sesi taklimat perlawanan sebelum meninggalkan Club House ke Tee Box masing-masing.

  4. Pemain-pemain adalah diingatkan bahawa pihak AJK Perlawanan ini tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang kecederaan keatas pemain disepanjang perlawanan.


URUSETIA JAWATANKUASA KERJA
PERTANDINGAN GOLF SEMPENA HARI BELIA  KEBANGSAAN


ANJURAN

JABATAN BELIA DAN SUKAN
DENGAN KERJASAMA
PANTAI MENTIRI GOLF CLUB

Awang Haji Md Som bin Haji Aji

 Penyelaras Pertandingan Golf
Unit Cawangan Belia dan Sukan, Daerah Brunei dan Muara,
Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.

Email: Youthhostel.551@hotmail.com
Tel: 8811551


Last updated on October 8, 2011  (C) 2010 Government of Brunei Darussalam
Best viewed using IE 6.0+ or Netscape 7.0+ with 1024 x 800 screen resolution

  Jabatan Belia dan Sukan
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan
Negara Brunei Darussalam

Government of Brunei Klik di sini untuk laman web rasmi